Webinar Kesejahteraan Kendiri - Darah Tinggi & Kesihatan Buah Pinggang
8 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPetugas NADI Sungai Bandung telah menyertai sesi webinar dalam talian bertajuk Webinar Kesejahteraan Kendiri iaitu Darah Tinggi dan Kesihatan Buah Pinggang pada Jumaat yang lepas. NADI kesejahteraan Kendiri kali ini berkolaborasi dengan Dr. Wan Mohd Rasis Wan Ahmad Kamil merupakan seorang Pakar Perunding Perubatan Buah Pinggang(Nefrologi) dan Perubatan Dalaman.
Dalam webinar ini akan membincangkan bagaimana tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang saling berkaitan. Jika tekanan Darah Tinggi dibiarkan, ia boleh menyebabkan saluran darah dalam buah pinggang anda menjadi tebal dan sempit. Ini boleh mempengaruhi bekalan darah ke buah pinggang dan juga fungsi buah pinggang. Tekanan darah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang.
Selain itu,terdapat beberapa tanda-tanda seseorang itu mengalami kegagalan buah pinggang ialah gatal seluruh badan, tidur dan emosi terganggu, badan berasa mudah letih dan beberapa tanda lain. Disamping itu, seseorang yang menghidapi penyakit buah pinggang dan darah tinggi perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: